09 December 2007

09.12.07 - SPR - Satu pembohongan

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Dakwaan sesetengah pihak terhadap kerajaan mempunyai kuasa penuh serta boleh menentukan pemerintahan negara selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang adalah tidak berasas dan palsu semata-mata.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman sebaliknya berkata, rakyat sendiri kini sudah boleh melihat apa sahaja kemajuan yang telah dibuat kerajaan pemerintah selama ini.

“Bohong. Bagaimana dakwaan itu boleh dikeluarkan sedangkan orang ramai boleh menilai sendiri apa yang diberi kerajaan untuk mereka?

“Macam-macam perkara sudah dibuat kerajaan untuk membantu pembangunan negara. Itu pun masih hendak menuduh,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian seminar ‘50 tahun merdeka: Perspektif politik dan pembangunan negara di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini.

Tambahnya, perasaan ragu-ragu terhadap ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya seharusnya tidak timbul kepada orang ramai.

Sementara itu pada majlis lain di sini hari ini, Ab. Rashid berkata, beliau sedia menimbang jika mendapat tawaran untuk melanjutkan jawatan yang dipegangnya sejak tahun 2000.

Menurutnya, pengalaman dan pengetahuan selok-belok pilihan raya yang dimiliki menjadi kelebihan untuknya berbanding muka baru yang akan dilantik.

‘‘Selama ini saya sudah setia kepada SPR. Saya beri sepenuh komitmen walaupun umur bersara wajib akan tamat akhir bulan ini,” katanya

No comments:

Post a Comment