09 December 2007

09.12.07 - Mohamad Sabu dikepung dan ditangkap polis

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Hrkh) - Pengarah Jawatankuasa Perhimpunan Aman Rakyat anjuran Bersih 10 November lalu, Mohamad Sabu telah ditangkap polis sebentar tadi di Sunway City, Tambun, Perak. Beliau yang juga merupakan Naib Presiden PAS sebelum itu telah dikepung oleh kira-kira enam buah kereta peronda polis ketika membawa rombongan perkahwinan anak perempuannya menuju ke rumah pengantin lelaki di Ipoh.

Menurut sumber, Mohamad Sabu ditangkap di hadapan Masjid Negeri dan terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Ipoh, Perak.

"Saya mungkin akan didakwa di bawah Akta Polis 1967 kerana perhimpunan sebelum ini," katanya kepada Harakahdaily yang sempat menghubungi beliau di saat beliau sedang dikepung dan hampir ditangkap polis.

(HarakahDaily)

No comments:

Post a Comment