19 December 2007

19.12.07 - 31 Keputusan PMR 27 Disember

KUALA LUMPUR 18 Dis — Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini akan diumumkan pada 27 Disember ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, calon-calon boleh menerima keputusan di sekolah masing-masing mulai 10 pagi hari tersebut manakala calon persendirian pula akan menerima keputusan mereka melalui pos.

Seramai 469,133 orang calon telah menduduki PMR di 3,376 pusat peperiksaan di seluruh negara, dan daripada jumlah itu, 437,888 adalah calon daripada sekolah Kementerian Pelajaran dan 17,771 calon sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu.

Seramai 13,095 orang pula merupakan calon swasta dan 379 calon persendirian.- Bernama

No comments:

Post a Comment