Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
15 December 2007
15.12.07 - Ribut bersalji punca 36 terkorban
COLUMBIA, Connecticut 14 Dis. – Ribut bersalji yang melanda kawasan tengah di barat negara ini telah mengakibatkan banyak nyawa terkorban selain menyebabkan timbunan salji tebal dan hujan beku yang turut menyesakkan lagi beberapa lebuh raya yang sibuk.
Ribut bersalji yang melanda sejak hujung minggu lalu setakat ini menyebabkan sekurang-kurangnya 36 orang mati, kebanyakannya akibat kemalangan jalan raya.
Seorang wanita berusia 23 tahun mati pagi semalam selepas pikapnya terbabas dan terbalik di lebuh raya yang dilitupi salji di Waverly, New York, 120 kilometer di barat daya Syracuse.
Di beberapa tempat salji turut setebal 5 sentimeter sehingga 30 sentimeter dengan yang paling lebat dilaporkan di Connecticut-Massachussetts-Rhode Island.
Salji tebal menyebabkan sekolah-sekolah, perniagaan dan agensi kerajaan di Massachusetts, Pennsylvania, New York, New Jersey, Rhode Island dan Connecticut ditutup.
Pihak berkuasa melaporkan, beratus-ratus kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh wilayah, sementara beberapa kenderaan yang terkandas menyukarkan kerja-kerja menolak salji.
Salji juga menyebabkan lalu lintas lebuh raya antara negeri bergerak perlahan, termasuk di Lapangan Terbang Northeast.
Kelewatan dilaporkan berlaku selama tiga jam bagi penerbangan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty di New Jersey, selain lebih 200 penerbangan telah dibatalkan lewat petang semalam.
Sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan di Boston, lebih 100 penerbangan dibatalkan selain langkah yang sama turut diambil di Lapangan Terbang Antarabangsa Bradley berhampiran Hartford.
– AP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment