08 December 2007

08.12.07 - Pusat rawatan Islam pertama dibuka di Rusia

MOSCOW 7 Dis. – Berhiaskan ayat-ayat Al-Quran di dinding, pusat rawatan Islam pertama di Rusia mula dibuka minggu ini dan mendapat pujian di kalangan para pemimpin agama sebagai tanda penghormatan tinggi kepada Islam.

Mufti Besar Sheikh Ravil Gainutdin menyifatkan pembukaan pusat itu sebagai acara bersejarah.

“Masyarakat antarabangsa sekarang boleh melihat penduduk Rusia yang pelbagai bangsa dan kepercayaan mempunyai hak ke atas kemudahan kesihatan mereka sendiri,” kata Sheikh Ravil.

Pusat yang dikendalikan oleh kira-kira 50 doktor dan jururawat itu beroperasi di salah satu tingkat pusat penjagaan kesihatan swasta Price Quality di tenggara Moscow.

Ia turut menyediakan ruang solat, tempat berwuduk dan menyediakan makanan halal.

Berpakaian longgar, berseluar dan bertudung, jururawat dan doktor wanita melakukan pemeriksaan ke atas pesakit wanita dengan kehadiran suami atau wanita lain.

– AFP

No comments:

Post a Comment