21 November 2022

Anwar tiba di Hotel Seri Pacific untuk bertemu pemimpin BN


Perlumbaan menawan Putrajaya, semakin rancak dengan kedua-dua Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional. Muhyiddin Yassin masing-masing mendakwa mereka mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

Yang di-Pertuan Agong telah memberikan mereka tempoh sehingga jam 2 petang ini untuk membuktikan dakwaan mereka.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan memberitahu pemberita di Hotel Seri Pacific bahawa 30 Ahli Parlimen BN sedang berkumpul hari ini untuk mencari muafakat.

"Kita akan bincang dan meneroka semua kemungkinan," katanya, lapor KOW GAH CHIE.

Dia enggan menjawabsoalan sama ada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi perlu berundur atau mengapa pemimpin PH juga berada di sini.

Ahli Parlimen Penggerang, Azalina Othman memberitahu pemberita bahawa Ahli Parlimen BN perlu membuat keputusan secara kolektif.

"Sekarang kita ada anti hoping law, jadi ia menjadi panduan kitalah. Jadi ia mesti jadi parti blok. Jadi tak boleh individulah," kata Azalina, lapor NG XIANG YI.

Dia berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada beliau akan membantah bekerjasama dengan PH.

Sumber berita : Malaysiakini

 

 

No comments:

Post a Comment