29 September 2021

Polis tahan lelaki timbulkan kekecohan

Polis menahan empat lelaki dalam kekecohan di depan sebuah tokong di Bandar Salak Selatan, Jalan Sungai Besi di Cheras pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, sekumpulan kira-kira 30 individu dikatakan membantah tindakan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuala Lumpur mahu mewujudkan laluan ke kawasan pembinaan sebuah sekolah berhampiran tokong terbabit.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, berkata satu operasi dijalankan PTG Kuala Lumpur untuk membina pagar penghadang, bagi membina jalan untuk dijadikan laluan ke sekolah dan bukan meroboh binaan.

Katanya, dalam operasi itu, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras hadir bagi memastikan keselamatan dan kelancaran operasi.

Menurutnya, terdapat lebih kurang 30 orang lelaki dan perempuan membawa kayu dan besi membantah tindakan itu.

Ekoran kejadian itu, pihaknya menahan empat individu berusia antara 19 hingga 50 tahun untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

 

30 orang merusuh, serang polis depan tokong



No comments:

Post a Comment