Langkah
itu juga diambil susulan pertambahan 35 kes baharu membabitkan varian
Delta, angka tertinggi direkodkan sejak April tahun lalu.
Menurut
Perdana Menteri Jacinda Ardern pada Isnin, kerajaannya percaya kes
jangkitan virus tersebut di negara itu belum mencapai kemuncaknya atau
hampir berakhir.
"Seperti yang anda tahu, model awal menunjukkan, kita memerlukan lapan hingga 10 hari sebelum kita mencapai puncak.
"Kita
kini berada pada hari ketujuh, atau hari keenam. Oleh itu, kes mungkin
terus bertambah teruk sebelum ia menjadi lebih baik, dan kita perlu
bersedia untuk semua itu.
"Ia bermakna, pilihan paling selamat ialah untuk kita semua melanjutan perintah ini lebih lama.
"Atas
dasar itu, kabinet memutuskan seluruh New Zealand akan tetap berada di
Tahap 4 selama empat hari lagi hingga 11.59 malam, Jumaat 27 Ogos,"
katanya pada sidang media di Wellington.
Langkah
itu, menurutnya, akan membolehkan negara itu memiliki data dan jaminan
tambahan mengenai langkah mengekang penularan virus tersebut.
Sumber : Astro Awani
No comments:
Post a Comment