04 June 2021

COVID-19 : 883 ICU, 456 PERNAFASAN, 86 KEMATIAN


7,748 kes baru, 86 kematian

Kes harian Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan dalam tempoh 24 jam lalu dengan sejumlah 7,748 kes baru direkodkan berbanding 8,209 semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdulah menerusi laman sosial Twitter petang ini.

Dia juga memaklumkan sebanyak 86 kematian lagi direkodkan menjadikan angka korban akibat wabak itu setakat ini adalah sebanyak 3,182 orang.

Daripada jumlah keseluruhan kes baru hari ini, Selangor masih merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,612.

Ini diikuti Kuala Lumpur yang mencatatkan 851 kes, Negeri Sembilan (709), Sarawak (706), Johor (446), Pulau Pinang (376), Perak (371), Sabah (287), Kelantan (286), Kedah (263) Melaka (234), Labuan (230 ), Terengganu (203), Pahang (146), Putrajaya (20) dan Perlis (lapan).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif setakat ini ialah sebanyak 603,122 kes.

Sementara itu, seramai 883 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 459 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah pesakit yang sembuh juga lebih rendah berbanding pesakit baru iaitu sebanyak 6,624 orang.

Sumber : Malaysiakini

No comments:

Post a Comment