KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi menolak
bantahan awal yang dikemukakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk
membatalkan saman difailkan empat individu berhubung pembentangan Rang
Undang-Undang Persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di
Kelantan.
Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu selepas mendapati
tidak ada meterial mencukupi yang dikemukakan kepada mahkamah.
Sehubungan itu mahkamah menetapkan 13 Oktober ini untuk pendengaran permohonan berkenaan.
Jun lalu, empat individu iaitu Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra
Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin, memfailkan permohonan untuk mencabar
rang undang-undang persendirian, bagi membuka laluan kepada pelaksanaan
hudud dibentangkan di parlimen.
Mereka juga memohon injunksi bagi menghalang Dewan Rakyat membahaskan rang undang-undang tersebut. - SH
oleh kerana hudud hadi dah jadi kes mahkamah, maka ianya tidak dpt dibentang diparlimen.... itulah matlamatnya... utk menyelamatkan pas hadi dan umno yg pasti akan membuatkan parti2 komponen bukan Islam menentangnya...
ReplyDeletebila Khalid samad masuk gereja, walaun gelar dia Khalid gereja.
sekarang hadi dah masuk gereja, walaun senyap aje. bila hadi masuk gereja bermakna dia setuju penggunaan Allah didalam bible melayu...