SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ditahan di Pusat
Tahanan Reman Jinjang, Kuala Lumpur malam ini susulan kenyataannya pada
persidangan Dewan Rakyat minggu lalu yang turut menyentuh sistem
kehakiman negara.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lokap Jinjang kira-kira jam 6.40 petang
tadi. Difahamkan perintah tahanan reman akan dimohon polis esok.
Mengikut Perlembagaan, polis boleh menahan mana-mana individu tanpa
reman selama 24 jam.
Nurul Izzah pada asalnya hadir ke IPD Dang Wangi untuk siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan.
Beliau kemudian ditahan bawah Akta Hasutan susulan laporan polis oleh
bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin 12 Mac
lalu ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen berhubung
keputusan kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nurul Izzah diwakili peguam Sivarasa Rasiah. - SH
No comments:
Post a Comment