KUALA LUMPUR 18 FEB: Papa dipaksa menyanyi lagu negaraku tetapi
enggan berbuat demikian kerana beliau adalah mangsa tahanan politik,
cerita Nurul Nuha Anwar apabila diminta realiti kehidupan Ketua Umum
KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buluh.
Nuha memberitahu papanya menceritakan perkara itu semasa pertama kali melawatnya, pada 13 Februari lalu.
Selain dipaksa menyanyi Anwar juga diminta mengucapkan ‘Selamat Pagi Cikgu’ setiap kali tahanan berkawad.
“Mereka
mahu papa diperlakukan seperti tahanan lain sedangkan papa merupakan
mangsa tahanan politik,” kata Nuha dengan air mata bergenang.
Bercerita lanjut mengenai keadaan papanya di penjara, Nuha dengan
nada tersekat-sekat menahan sebak walaupun tahu papanya cuba
menyembunyikan apa yang dilaluinya di jeriji besi itu daripada
pengetahuan beliau dan adik-beradikya.
Sambung Nuha, ketika pertemuan itu, papanya tidak ubah seperti
kebiasaannya, menonjolkan watak seorang periang, sentiasa tersenyum dan
sempat bergurau bersama cucu-cucu, walaupun dalam masa singkat.
“Bayangkan cuma dalam tempoh 45 minit ruang masa yang dibenarkan,
kami dalam 10 orang anak beranak terpaksa melepaskan rindu dengan papa
secara bergilir-gilir.
“Tak sampai 10 minit sorang dapat bercakap dengan papa melalui alat
komunikasi yang disediakan pihak penjara di sebalik cermin yang
memisahkan antara papa dan kami.
“Paling sedih, pertemuan kami semalam apabila papa dibawa ke Mahkamah
Jalan Duta di mana cucu-cucunya tidak puas untuk bersama ‘papa tok’nya.
“Sampaikan anak saya yang kedua ini tidak mahu melepaskan
pelukannya,” cerita Nuha, di samping anaknya itu yang berusia setahun
sebulan dan kadangkala merengek ketika wawancara ini berlangsung.
Nuha yang terserlah sifat keibuannya melayan karenah anaknya itu
berkata, mereka sekeluarga dibenarkan melawat papanya cuma sekali dalam
sebulan, dan tempoh itu katanya terlalu lama untuk mereka memendam
rindu.
Untuk mendapatkan cerita lanjut tentang pandangan Nuha berkenaan
politik dan kecekalan beliau dan adik-beradik dalam mengharungi fitnah
ini, sila dapatkan naskah bercetak Suara Keadilan(Bil 213) pada selasa
24 Februari depan. - Keadilan Daily
90% org keadilan dan rakyat jelata kata Anwar tidak d penjara... Tapi kami dari mula telah menulis kata Anwar akn di lokap dan paling best kami jangka Anwar bakal mati di penjara...
ReplyDeleteRamai yak setuju tapi 50% dah jadi...
Innalilahiwailaihirajiun almarhum pak syeikh