COPENHAGEN - DENMARK. Akhbar kontroversi Denmark yang menimbulkan
kemarahan umat Islam seluruh dunia 10 tahun lalu telah meningkatkan
langkah keselamatan berikutan serangan maut di ibu pejabat Charlie
Hebdo.
Jyllands-Posten memaklumkan kakitangannya melalui emel berhubung
langkah keselamatan di bangunan syarikat itu di Copenhagen dan bandar
Viby.
"Pengawasan dan tahap keselamatan di dalam dan sekitar ibu pejabat kami
di ibu negara dan bandar Viby telah dipertingkatkan. Keselamatan
pekerja adalah paling utama," menurut emel tersebut.
Jurucakap Jyllands-Posten, Christine Blach sebagai berkata, syarikat
akhbar pro-Israel ditubuhkan pada 1871 itu turut memantau teliti
perkembangan insiden serangan bersenjata terhadap Charlie Hebdo.
Mengimbas kembali ketika Jyllands-Posten menerbitkan 12 kartun pada 30
September 2005, yang sebahagian besarnya menggambarkan Nabi Muhammad
SAW, ia mencetuskan kemarahan dan protes umat Islam di seluruh dunia
hingga meragut sekurang-kurangnya 50
nyawa.
"Kami hidup dalam keadaan ketakutan terhadap serangan pengganas selama
sembilan tahun, dan itulah penjelasan mengapa kami tidak mencetak semula
kartun kami sendiri atau Charlie Hebdo.
"Kami juga sedar kami terdedah dengan ugutan dan serangan pengganas
pada bila-bila masa," kata akhbar itu dalam satu kenyataan. - Press TV
No comments:
Post a Comment