“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing.
"Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah pada saya,” begitulah
luahan Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 34,
berhubung kontroversi pelantikannya sebagai ahli Majlis Konsultasi
Perpaduan Negara (MKPN), Selasa lalu.
Merupakan salah seorang daripada 29 individu yang dilantik kerajaan
sebagai ahli majlis bagi mengukuhkan agenda perpaduan nasional, bekas
pengacara Wanita Hari Ini, berkata, pelantikannya itu tidak sepatutnya
menjadi pertikaian memandangkan ia telah dinilai dan diputuskan oleh
pihak yang lebih arif.
"Sebelum ini, hidup saya bahagia tanpa apa-apa jawatan dan penganugerahan. Saya selesa dengan apa yang seadanya.
"Mungkin ramai yang melihat ada yang lebih layak daripada saya, tetapi
saya sebenarnya juga ada kelebihan tersendiri yang dikurniakan oleh
ALLAH SWT.
"Saya memang minat dengan majlis-majlis ilmu dan banyak melakukan kerja amal tanpa pengetahuan orang lain.
"Mungkin dari situ mereka melihat keupayaan saya.
“Menyertai MKPN merupakan pengalaman berharga buat saya setelah
dilantik sebagai fellow dakwah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan
Insya-ALLAH saya akan cuba lakukan yang terbaik selepas ini," kata
Wardina. - SH
No comments:
Post a Comment