Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap
Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang mengendalikan blog kontroversi
Papagomo.
Hakim
Mohammad Adib Husain membuat keputusan itu selepas membenarkan
permohonan yang difailkan oleh bekas isteri Wan Muhammad, Bellina Omar
Sharifuddin Chin supaya dikeluarkan waran tangkap berikutan kegagalan
plaintif hadir di mahkamah.
Wan Muhammad terbabit dalam kes
mahkamah dengan bekas isterinya kerana didakwa melanggar hal berkaitan
penjagaan dua anak perempuan pasangan tersebut.
Pada 2 September,
mahkamah memerintahkan penulis blog itu supaya mengembalikan kedua-dua
kanak-kanak yang berusia empat dan dua tahun itu, kepada bekas
isterinya, tetapi Wan Muhammad tidak berbuat demikian. - Mkini
No comments:
Post a Comment