Gaji Menteri Besar Selangor yang
berjumlah RM14,175.15 meningkat kepada RM29,250 iaitu pada kadar 106.4%
sejak kali terakhir dinaikkan pada tahun 2005.
Manakala Speaker Dewan daripada RM6,109.29 naik 268% kepada RM22,500, Timbalan Speaker pula RM3,327.5 kepada RM15,750.
Bagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), pendapatan RM6,109.29 kepada RM20,250, peningkatan sebanyak 231%.
Perkara tersebut diluluskan dibawah
Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013
setelah mendapat persetujuan sebulat suara oleh Ahli Dewan.
Sebelum itu, Abdul Khalid ketika
membahaskannya berkata kenaikan itu dibuat berpandukan negeri Sarawak,
selain gaji yang diberikan kerajaan Pusat kepada pegawai Unit Pengurusan
Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana Menteri
(JPM).
Kata Khalid, kenaikan tersebut dibuat selepas melihat peningkatan hasil dalam kerajaan negeri.
“Beban tugas yang dipikul tanpa mengira
waktu… keberkesanan melaksanakan tugas dan menunjukkan hasil terus
meningkat jadi pertimbangan sewajarnya harus diambil” katanya hari ini.
Namun beliau mengingatkan, peningkatan
gaji itu juga menandakan tanggungjawab badan eksekutif negeri termasuk
Exco selepas ini akan jadi lebih berat dan bertambah.
“Kalau esok kita dapat ambil alih aset
industri air melebihi RM20bilion, kalau kena jawab bukan lagi salahkan
Syabas atau sesiapa.
“Jadi tanggungjawab itu sangat besar dan pampasan yang diberi saya ingat berpatutan,” katanya.
Sementara itu, Adun Kampung Tunku Lau
Weng San dalam perbahasan berkata, kenaikan itu wajar disokong kerana
gaji yang diterima Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker selama
ini dikekalkan diparas yang terlalu rendah dalam tempoh yang terlalu
lama.
DUN Sarawak pada Mei lalu meluluskan
kenaikan gaji untuk Ketua Menteri daripada RM13,000 kepada RM39,000;
Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000.
Manakala menteri kanan dan speaker DUN
RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; menteri muda
dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; Adun RM4,500 kepada
RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000. -
Itu lar bagus. Kurangkan rasuah sebab gaji dah cukup. Kalau rasuah jugak, kita tak teragak untuk ambil tindakan lagi. Sokong seratus peratus.
ReplyDelete