Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata
pihaknya mempunyai alasan tersendiri dalam cara membelanjakan lebihan
dana kerajaan negeri.
Beliau berkata ia perlu dilakukan dengan tertib agar rakyat tahu tujuan dana itu digunakan.
Proses mengumpulkan lebihan dana kerajaan negeri adalah sesuatu yang
sukar dilakukan dan ia memerlukan strategi lebih teliti dalam
membelanjakannya, katanya kepada pemberita selepas penyerahan lembu
untuk korban sempena Aidiladha di Masjid Kampung Pendamar di sini hari
ini.
Beliau berkata kritikan yang diterima daripada Ketua Pembangkang Datuk
Seri Anwar Ibrahim pada forum di Petaling Jaya malam tadi yang
melabelnya sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik
sebaliknya hanya berbangga dengan lebihan dana itu, dianggap kritikan
biasa.
"Pada saya, ia (kritikan) hanya perkara biasa dan saya anggap Anwar
ibarat memberi galakan untuk melakukan lebih banyak perbincangan sesama
pemimpin agar dapat menjana strategi terbaik menguruskan dana kerajaan
negeri," katanya. – Bernama, 13 Oktober, 2013.
Dan bukan mudah merampas Selangor dari Umno-BN. Simpan dan belanja biar seimbang.