Polis Pulau Pinang sedang memburu seorang kasanova selepas meloloskan diri dari Mahkamah Sesyen di George Town petang semalam.
Ketua
Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam kejadian pada
pukul 2 petang itu suspek, Prabaharan Kesavan, 45, dalam perjalanan
pulang ke Penjara Pulau Pinang selepas menjalani sebutan kes peringkat
akhir di Mahkamah Cameron Highlands pada Selasa lepas.
"Ketika
dalam perjalanan ke penjara, anggota yang mengiring Orang Kena Tuduh
(OKT) itu menerima panggilan dari seorang pegawai kanan polis meminta
lelaki itu dibawa ke biliknya dengan alasan untuk soal siasat satu lagi
kes ugutan," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
Beliau berkata pegawai kanan wanita berpangkat ASP itu telah ditahan kerana dipercayai telah membantu OKT itu melarikan diri.
Abdul
Rahim berkata wanita itu direman hari ini bagi membantu sisatan
mengikut Seksyen Seksyen 223, Seksyen 224 dan 225 Kanun Keseksaan kerana
cuai menjalankan tugas.
Katanya suspek yang mempunyai lebih 10
pertuduhan kes penipuan di sekitar negeri Pulau Pinang, Perak, Johor dan
Kedah itu ditahan pada Januari lepas kerana memperdaya wanita dengan
menyamar sebagai 'Datuk Seri' dan doktor.
Abdul Rahim berkata
suspek dengan ketinggian 165 sentimeter, mempunyai berat badan 50kg
serta berambut pendek dilihat pada kali terakhir memakai baju-T berkolar
bulat warna ungu dan seluar pendek warna coklat.
Beliau
berkata polis yakin lelaki yang beralamat terakhir di nombor 26 Taman
Mas Ipoh, Perak masih berada di Pulau Pinang dan Ops Tutup melibatkan
seluruh laluan keluar masuk ke negeri ini telah dilaksanakan bagi
mengesan suspek.
Abdul Rahim meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi balai polis berdekatan. - Bernama
Tinggi kemahiran kasanova dia. Pegawai kanan wanita (ASP) dipercayai menolong...