PENYANYI rap terkenal Korea Selatan, Psy yang popular
dengan tarian kuda menerusi Gangnam Style dikatakan telah diundang untuk
membuat persembahan di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional
(BN).
Majlis yang berlangsung di Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang pada 11 Februari ini bersempena sambutan Tahun Baru Cina.
Psy dijangka membuat persembahan di hadapan 60,000 penonton termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Klip video Gangnam Style yang menjadi fenomena di seluruh dunia telah
ditonton lebih 1.2 bilion kali sejak diterbitkan di YouTube pada Julai
lalu.
Artis itu mengadakan persembahan khas bagi Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sempena Krismas Disember lalu.
Kedatangan penyanyi itu sempena majlis rumah terbuka ke Malaysia telah
mendapat reaksi daripada parti-parti politik negara ini malam tadi
menerusi laman sosial dan twitter. - SH
Beri air murah kepada rakyat nanti membazir. Panggil penyanyi luar yang menjaja budaya 'gadis seksi' bagaimana?