Pelantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pengarah
pilihan raya BN Selangor menimbulkan lebih banyak spekulasi berhubung
pertembungan antara fraksi dalam Umno negeri.
Timbalan pesuruhjaya
PAS Selangor Khalid Samad berpendapat, tindakan itu mungkin bertujuan
untuk menghalang perebutan kuasa antara pemimpin tertinggi dalam Umno
negeri untuk jawatan menteri besar sekiranya BN berjaya merampas semula
pentadbiran Selangor.
MP Shah Alam itu memberitahu Malaysiakini
bahawa perkembangan itu menunjukkan BN tidak mempunyai calon menteri
besar dan tidak dapat mengenalpasi kepimpinan BN negeri.
Dua
pemimpin BN Selangor yang dilihat sebagai calon menteri besar ialah
koordinator BN negeri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dan timbalannyam Datuk
Seri Noh Omar.
Namun kedua-duanya antara lainnya dilihat tidak dapat bertemu mata dalam soal strategi pilihan raya.
Jelas,
Najib mengelak daripada memilih calon MB menjelang pilihan raya umum
bagi mengelakkan sabotaj dari fraksi yang tidak dipilih.
Setiausaha
PKR Selangor Amiruddin Shaari berkata tindakan memperbesarkan peranan
Najib di negeri itu menunjukkan bahawa BN tidak yakin.
"Nampaknya
mereka seperti dalam keadaan panik. Jelas wujud perpecahan di kalangan
pemimpin negeri mereka," kata ADUN Batu Caves itu. - Mkini
Berpecah macamana hendak menang.