Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, Abon dikatakan dalam perjalanan ke Mersing menghadiri majlis My Beautiful Malaysia dari Gambang, Kuantan, Pahang, sebelum kereta BMW dipandunya terbabas.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak melemahkan semangat pelawak terkenal itu, sebaliknya beliau menumpang orang ramai yang melalui jalan itu untuk meneruskan perjalanan.
“Saya baru selesai menghadiri majlis makan malam di Gambang malam semalam (kelmarin) sebelum bertolak ke Mersing pagi tadi (semalam) bagi memenuhi undangan majlis ini.
“Ketika kejadian saya memandu pada kelajuan biasa kerana hujan baru berhenti dan jalan licin. Bagaimanapun, ketika membelok di satu selekoh kereta terbabas ke kanan menyebabkannya melanggar tebing tanah dan terperosok dalam longkang,” katanya. - Mymetro