guru |
Guru bahasa Inggeris tempatan dan kumpulan reformasi pendidikan ketika dihubungi The Malaysian Insider merasa
gusar dengan apa yang mereka sifatkan sebagai “penyelesaian jangka
pendek”, yang tidak akan membantu kelas berbilang kaum untuk
mempelajarinya, kerana penggunaan loghat yang berbeza.
“Saya ingin bertanya, kenapa kita perlukan orang asing
mengajar rakyat Malaysia?” kata Khairun Nisa yang mengajar bahasa
tersebut di sebuah sekolah di Manjung, Perak.
Guru yang berusia 27 tahun itu berkata dakwaan kerajaan
mengenai kekurangan guru bahasa Inggeris adalah mitos dan tidak masuk
akal.
Beliau berkata, tenaga pengajar di negara ini adalah cukup mengikut standard yang dimahukan oleh Kementerian Pelajaran.
“Apa yang cuba kita capai? Untuk peringkat mana kita mahu pelajar kita untuk pergi?” katanya lagi.
“Guru tidak dipindahkan keluar dari daerah saya sendiri,
tidakkah ini menunjukkan guru bahasa Inggeris mencukupi?” katanya,
sambil menerangkan karenah birokrasi perlu dipersalahkan dari masalah
kekurangan guru dalam bahasa tersebut. - TMI
Kurangkan beban kerja guru dan jumlah murid dalam kelas supaya mereka boleh fokus mengajar. Bukan ambil orang asing mengajar dengan bayaran yang tinggi dan beban kerja yang ringan.