Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Johor mengambil langkah
berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan
hukum hudud di Malaysia.
Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat
membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal
persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.
Bercakap kepada Malaysiakini hari
ini, Ayub berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain
melaksanakan hukum hudud "sebenar" -- yang menurutnya berbeza dengan
hudud PAS.
Perbezaan paling ketara, kata Ayub, hukum hudud
sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS
yang hanya tertakluk kepada orang Islam.
"Kanun Jenayah Syariah
II (1993) (Hudud Kelantan) tidak menggambarkan kehendak Islam yang
sebenar. Ia akan menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan (di
antara orang Islam dan bukan Islam)," katanya.
Walaupun demikian,
Ayub maklum bahawa perlaksanaan hudud di peringkat nasional hanya akan
berlaku dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan.
'Sokong Umno kalau ikhlas'
Justeru katanya, perkara terpenting sekarang, Johor perlu memulakan
langkah memahamkan golongan bukan Islam akan pelaksanaan hudud - satu
perkara yang selama ini didakwa gagal dilaksanakan PAS.
Kefahaman yang betul, katanya, adalah kunci utama hudud diterima semua
kaum merentasi kefahaman agama pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad
SAW.
"Kalau tidak masakan di zaman pemerintahan Nabi ia diterima semua (kaum dan agama)," katanya.
Menurut Ayub lagi, cadangan itu pernah dibangkitkan pada sidang DUN
pada Disember tahun lalu namun ia tidak dilaporkan mana-mana akhbar.
Justeru, beliau mencabar PAS menyokong cadangan hukum hudud walaupun ia
datang dari Umno jika mereka benar-benar ikhlas mahu memartabatkan
Islam
"Apabila Umno sebut tentang hudud, PAS kena sokong jugalah," katanya.
Negeri
Kelantan meluluskan pelaksanaannya hukum hudud di bawah Kanun Jenayah
Syariah II (1993) pada tahun 1993. Namun pelaksanaannya tidak menjadi
kenyataan apabila melibatkan pertikaian berhubung isu-isu perlembagaan. - Mkini
No comments:
Post a Comment