Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat pengarah
strategi PKR Rafizi Ramli malam ini susulan pendedahannya berhubung
dakwaan campur tangan perdana menteri dalam projek sambungan LRT Ampang
bernilai RM1 bilion.
Menurut peguamnya N Surendran, empat pegawai
suruhanjaya itu mengambil keterangan Rafizi selama 15 minit di ibu
pejabat PKR di Tropicana kira-kira jam 8 malam.
Peguam itu berkata, siasatan berkenaan bertujuan memastikan satu laporan Malaysiakini yang mengutip kenyataan Rafizi di sidang medianya pagi ini.
Rafizi mendakwa Datuk Seri Najib Abdul Razak mengutamakan sebuah syarikat yang membida dengan harga lebih tinggi.
Rafizi
dalam pendedahannya mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan
menganugerahkan kontrak itu kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys,
berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan
(JPMK).
Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak minggu lepas melahirkan hasrat menganugerahkannya kepada
Konsortium George Kent, seperti dilaporkan media.
Keputusan itu
didakwa bertentangan dengan keputusan JPMK - jawatankuasa tertinggi
Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Najib - yang
bersidang pada 25 Januari 2012.- Malaysiakini
* Haramjadah...
No comments:
Post a Comment