SHAH ALAM - Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi mengesahkan menerusi
akaun Twitter bahawa pelakon dan pelawak Osman Kering, 58, telah
meninggal dunia sebentar tadi.
Osman telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira jam 3.45 petang.
Osman atau nama sebenarnya, Osman Kassim dimasukkan di Unit Rawatan
Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat komplikasi
paru-paru.
Sebelum dibawa ke hospital Allahyarham dikatakan telah rebah sekitar jam 6 petang di rumahnya di Bandar Permaisuri, Cheras.
Allahyarham Osman dikatakan sudah lama menghidap penyakit batuk kering
dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini. - SH
No comments:
Post a Comment