KUALA LUMPUR 26 Jun - Ahli Dewan Negara, Datuk S.
Nallakaruppan mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini
tertekan atas desakan pelbagai pihak yang memintanya memulangkan wang
RM3 bilion kepada rakyat.
Bagaimanapun beliau yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia
(MIUP) yakin Anwar tidak akan berbuat demikian malah akan menuding jari
kepada pemimpin-pemimpin UMNO kononnya dakwaan itu adalah satu
konspirasi.
"Saya yakin Anwar tak akan mengaku. Beliau akan tetap menyalahkan
orang lain. Cuba teliti kenyataannya sejak 1998. Apa sahaja dakwaan
dilemparkan, Anwar akan kata itu konspirasi.
"Dia mahu tipu rakyat. Berapa lama dia boleh tipu? Saya amat faham
perangai Anwar yang angkuh dan tidak akan mengaku salah atas kesilapan
diri sendiri. Saya juga tahu tahap nafsu Anwar terhadap wang," katanya
pada sidang akhbar di ibu pejabat MIUP di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang bernilai RM3 bilion.
Ekoran itu, beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan mendesak Anwar memulangkan semula wang tersebut kepada rakyat.
Nallakaruppan berkata, jika benar Anwar memiliki RM3 bilion tersebut, beliau perlu mengembalikannya.
Ditanya mengenai 'wanita misteri', Zaliah Zakaria, 56, yang dikaitkan
dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Anwar
tersebut, katanya, beliau tidak mengenali wanita itu.
"Saya ada baca akhbar tentang kenyataan Zaliah. Saya tidak
mengenalinya. Saya tak pasti sama ada kenal atau tidak sebab sudah lama.
Dalam akhbar pun gambar macam lain, tetapi kalau lihat berdepan,
mungkin saya kenal.
"Tetapi, dia (Zaliah) ada kata menjalankan perniagaan lumba kuda. Mungkin boleh siasat siapa beri dia lesen itu," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Nallakaruppan mendesak Anwar menyegerakan saman fitnah berjumlah RM100 juta yang difailkan terhadapnya.
"Harap-harap sebelum pilihan raya umum akan datang. Peguam saya juga
sudah lama bersedia. Kita sudah bersedia dengan bukti-bukti dan biarlah
rakyat tahu bukti-bukti itu apabila ia dibawa ke mahkamah nanti, tetapi
saya cabar Anwar saman saya RM500 juta," katanya.
Pada Mac lalu, Anwar memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap
Nallakaruppan atas dakwaan mengaitkannya dengan aktiviti biseksual. - Utusan
* Bayar dulu saman kes 'Anwar Terima RM60 juta'...
No comments:
Post a Comment