HULU KLANG - Semangat bekerja yang masih kental dalam jiwa tokoh
seniman negara, Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin membuatkan dirinya tertekan
sehingga menjejaskan memorinya sedikit demi sedikit.
Isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah, 52, yang mengakui perkara itu
berkata, walaupun suaminya sudah menamatkan perkhidmatannya sebagai Ahli
Dewan Negara pada awal tahun lalu, keinginan suaminya itu untuk bekerja
masih lagi tinggi.
Katanya, setiap pagi Jins, 77, berkeras untuk ke pejabat walaupun
bekas senator itu sudah tidak lagi berkhidmat dengan mana-mana pihak.
"Walaupun begitu, kesihatan Jins masih lagi seperti biasa. Beliau
tidak mempunyai penyakit yang kronik seperti kencing manis, darah tinggi
atau sakit jantung," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung
Pasir dekat sini semalam. - Kosmo
No comments:
Post a Comment