AMPANG JAYA - Seorang gadis yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan
dibunuh kejam apabila dia diserang sebelum dibakar hidup-hidup di depan pintu
rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran di
sini kelmarin.
Dalam kejadian menyayat hati pada pukul 9.30 malam itu, mangsa P. Yoga
Ambiga, 27, seorang kerani sebuah bank di Medan Pasar, Kuala Lumpur mati dalam
keadaan seluruh badannya bertukar putih akibat melecur seratus peratus.
Mangsa cuba diselamatkan oleh jiran namun gagal. Sebelum diserang, Yoga yang
membawa bungkusan makanan mahu membuka pintu rumah tetapi terlebih dahulu
diserang dan dibakar oleh tiga suspek.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md. Nazri Zawawi
berkata, selepas diserang dari belakang, sekumpulan suspek terus menyimbah
sejenis cecair dipercayai minyak tanah ke badan mangsa sebelum mencucuh api.
"Tidak sampai lima minit badan mangsa hangus terbakar. Mangsa sempat menjerit
namun jiran-jiran gagal menyelamatkan mangsa kerana badannya terbakar
sepenuhnya," kata beliau ketika dihubungi. - Kosmo
No comments:
Post a Comment