07 August 2011

Pesta dadah berakhir di lokap

KUALA LUMPUR - Bulan Ramadan yang sepatutnya diisi dengan kegiatan keagamaan bertukar sebaliknya apabila sekumpulan 12 orang yang beragama Islam termasuk empat wanita leka menyertai pesta dadah di sebuah apartmen di ibu kota.

Kesemua mereka yang berusia di antara 19 dan 33 tahun merancang pesta tersebut kononnya untuk meraikan hari jadi salah seorang rakan mereka dengan menyewa sebuah unit apartmen D-Villa Residence di Jalan Ampang di sini.

Bertindak atas maklumat awam, polis menyerbu rumah itu tersebut pada pukul 2 pagi semalam.

Ketika ditahan sebahagian daripada mereka gagal melarikan diri kerana dipercayai sedang khayal dadah.

Semua suspek pada waktu itu berpakaian lengkap.

Mereka menyewa apartmen tersebut selama dua hari dengan kadar sewa RM380 semalam.

Ketika serbuan, enam lelaki dan tiga wanita berada di ruang tamu manakala tiga lagi termasuk seorang wanita pula berada di dalam bilik. - Kosmo

No comments:

Post a Comment