09 August 2011

Pemuda PAS Sokong JAIS, Hasan

SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pendirian Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam isu serbuan terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) yang dipercayai cuba memurtadkan umat Islam pada satu majlis makan malam amal minggu lalu.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, ketetapan berkenaan dibuat berasaskan kepada prinsip bahawa usaha pencegahan seperti yang dilakukan JAIS agar akidah umat Islam sentiasa terpelihara perludisokong oleh semua pihak.

"Secara prinsipnya tugas pihak berkuasa agama adalah untuk menjagaa kidah dan memelihara kesucian agama Islam, jadi kalau itu asas yang digunakan JAIS dalam isu ini... kita sokong.

"Jadi sebarang bentuk tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agama untuk mempertahankan Islam, menjaga kesucian agama Islam, itu adalahtindakan yang wajar disokong oleh semua pihak dan tak perlu timbul sebarang keraguaan di atas tindakan tersebut," katanya di sini,Selasa.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan selama hampir satu jam dengan Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor bagi mendapatkan penjelasan berhubung insiden berkenaan.

Berpuas hati dengan penjelasan Hasan, Nasrudin berkata semua pihaktidak seharusnya prejudis terhadap tindakan JAIS itu kerana ia dilakukan bagi menjaga kepentingan Islam.

"Saya harap semua pihak beri kepercayaan kepada JAIS tanpa sikapprejudis kerana pihak berkuasa agama itu menjalankan tugas mereka demiagama Islam," katanya.

Ahad lalu, Hasan turut hadir memberi taklimat kepada AhliJawatankuasa PAS Pusat (CWC) berhubung insiden berkenaan namun tiada sebarang pendirian dibuat mengenainya.

Menyifatkan penjelasan itu 'tidak cukup', Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebaliknya mahu mendapatkan maklumat langsung daripada JAIS dan pihak gereja sendiri.

Dalam pada itu mengulas mengenai pertemuan pihaknya dengan Hasan,Nasrudin berkata beliau cukup berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan yakin bahawa Exco Selangor itu bertindak berdasarkan bukti kukuh.

"Kami semua sangat berpuas hati, kami juga ada bertanya soalan kepada beliau... semuanya jelas.

"Malah Dr Hasan sendiri mengakui bahawa beliau mempunyai bukti kukuh mengenai tindakan JAIS itu," katanya. - Mstar

* Tahniah Pemuda PAS..

No comments:

Post a Comment