06 August 2011

37 maut helikopter NATO diserang Taliban di Afghanistan

KABUL: Helikopter NATO jenis Chinook yang terbabit dalam satu operasi semalaman di timur Afghanistan ditembak jatuh pemberontak, mengakibatkan 37 di dalamnya terbunuh, menurut pegawai tentera sebentar tadi.

Serangan itu disifatkan yang terburuk apabila jumlah anggota bersekutu yang terkorban di Afghanistan adalah tertinggi dalam tempoh sehari. Seorang pegawai tentera yang enggan namanya disiarkan susulan siasatan masih berjalan, berkata selain majoriti yang terbunuh adalah tentera NATO, tentera Afghanistan juga antara yang terkorbanDifahamkan helikopter terbabit ditembak dengan sebutir roket RPG (Rocker-Propelled Grenade) di Lembah Tangi, iaitu wilayah Wardak, di mana terletak di barat Kabul.

Taliban mengakui bertanggunjawab melancarkan serangan itu.

Sementara itu, Kapten Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) yang juga jurucakap NATO, Justin Brockhoff, berkata pihaknya mengesahkan kejadian itu tetapi tiada maklumat lanjut diterima setakat ini, termasuk punca nahas dan sama ada terdapat mangsa yang terkorban. - www.nytimes.com

No comments:

Post a Comment