PUTRAJAYA 9 Ogos - Sejumlah 2,000 kes membabitkan warga asing dengan satu biometrik tetapi mempunyai lebih daripada dua dokumen, dikesan Jabatan Imigresen sejak 1 Jun lepas di 69 pintu masuk di seluruh negara.
Ketua Pengarahnya, Datuk Alias Ahmad berkata, senarai itu kini dalam pemerhatian dan jabatan sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti mereka.
"Ia mungkin disebabkan daripada beberapa punca, satu mungkin mereka tukar pasport baru kerana pasport lama hampir tamat dan kemudian masuk balik guna pasport baru,” katanya pada satu sesi taklimat kepada media di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya perlu menjalankan siasatan dengan teliti dan tidak mahu terburu-buru mengambil sebarang tindakan. - Bernama
No comments:
Post a Comment