18 November 2010

Wanita maut di tangan kekasih

GEORGE TOWN - Seorang wanita Indonesia maut apabila dia yang membonceng motosikal yang ditunggangi kekasihnya ditolak dari kenderaan itu selepas pasangan itu bergaduh.

Kejadian pada pukul 11.30 pagi di Jalan Pahang kelmarin itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Atika, 20-an dan kekasihnya seorang warga India keluar bersama dengan menunggang motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Wan Abdullah Tuanku Said berkata, dalam perjalanan pulang ke rumah mangsa, pasangan itu dikatakan bergaduh.

"Punca pergaduhan disebabkan suspek merasakan dirinya seolah-olah diketepikan oleh mangsa.

"Kemuncak kepada pergaduhan itu, mangsa meminta hubungan mereka diputuskan selain meminta dia dihantar pulang," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, berang dengan permintaan kekasihnya itu, suspek yang berusia 30-an bertindak ganas dengan menolak mangsa yang berada di belakangnya sehingga mangsa terjatuh dari motosikal.

Kejadian malang itu berlaku tidak jauh dari rumah mangsa.

Katanya, tindakan suspek itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala kerana terhantuk dengan benda keras di jalan sehingga dia tidak sedarkan diri. - Kosmo

* Jangan risau, ada seorang pensyarah kata kes bunuh rendah...

No comments:

Post a Comment