06 November 2010

Mexico bunuh raja dadah utama di sempadan AS


MONTERREY, Mexico: Tentera Marin Mexico menembak dan membunuh raja dadah Ezequiel “Tony Tormenta” Cardenas selepas pertempuran di sempadan Amerika Syarikat (AS).

Tentera marin yang dibantu helikopter dan askar bertempur dengan anggota kumpulan kartel dadah itu selama beberapa jam di Matamoros, di seberang bandar Brownsville, Texas, dan menyebabkan penduduk ketakutan.

“Beliau mati dalam pertempuran dengan kami," kata jurucakap tentera laut Mexico. Dua anggota marin dan beberapa anggota kumpulan itu turut terbunuh.

Cardenas, 48, adalah saudar bekas pemimpin kartel Teluk, Osiel Cardenas, yang diekstradisi ke Texas pada 2007. - Rueters

No comments:

Post a Comment