Putrajaya 9 Nov. — Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK).
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berkata selain Dr Wan Mohd Zahid yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), enam lagi pakar akademik turut dilantik menganggotai majlis itu.
Mereka ialah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim; Timbalan Naib Canselor INTI International University, Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid; Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Sidek Baba.
Pengerusi Cempaka International School, Datin Freida Mohd Pilus; Pengerusi Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak, Datuk Dr Adi Badiozaman Tuah dan Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah & Penyelidikan), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.
Selain itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud juga dilantik sebagai anggota MPPK, kata Muhyiddin selepas mempengerusikan buat pertama kalinya mesyuarat majlis berkenaan di sini. — Bernama
* Jangan bakul sampahkan nasihat mereka pula nanti...
No comments:
Post a Comment