13 November 2010

Blogger Cucumatkilau Desak Pemilihan 2010 Ini Di Tangguhkan Segera Jika Tidak Mahu Tsunami Yang Maha Dasyat Melanda Parti Keadilan Rakyat

KUANTAN, 12 Nov [10.20 pm] - Blogger panas Cucumatkilau (foto) semalam sempat mengadakan satu sidang medianya berhubung dengan kemelut yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mutakhir ini. Beliau yang khabarnya tersenarai sebagai individu ke-45 dalam sebuah blog pro-umno yang bakal meninggalkan PKR bagaimana pun masih tidak menyatakan pendiriannya untuk terus kekal atau undur diri dari parti itu.

Malah beliau lebih banyak menegur kepimpinan PKR terutamanya dalam isu-isu berkaitan perjuangan dan agenda perubahan parti itu. Beliau juga menyatakan akan menghantar satu memorandum kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan membantah pemilihan PKR sehingga prosesnya lebih bersih dan telus. Memorandum yang dipersetujui kira-kira 100 blogger pro PKR itu akan dihantar secepat mungkin bagi mendapatkan persetujuan semua pihak berhubung proses pemilihan parti berkenaan. CMK yang mendakwa memperjuangkan PKR sejak 11 tahun lalu kecewa kerana masalah dalaman parti menjejaskan pemilihan itu.

“Sebagai pemerhati bebas dalam pilihan raya itu, ada pemimpin dalam parti itu yang sudah terbabit dalam politik wang, lobi melobi dan bergaduh untuk merebut jawatan penting,” katanya. Beliau berkata, pemilihan itu mesti ditangguhkan supaya tidak berhadapan dengan masalah besar membabitkan dua orang kuat parti itu iaitu Anwar dan Naib Presiden parti itu, Azmin Ali.

“Sememangnya PKR wajar menangguhkan pemilihan dalam parti itu bagi mengelakkan tsunami yang boleh mencemarkan parti itu “Saya lihat apa yang dituduh kepada Barisan Nasional sebelum ini sudah berlaku dalam Pemilihan 2010 PKR dan saya berpendapat proses itu juga gagal,” katanya. Beliau turut menyarankan supaya Anwar lebih neutral apabila berlaku krisis dan tidak memihak kepada Azmin semata-mata. Sebelum ini, katanya, Datuk Zaid Ibrahim sudah membuat teguran mengenai isu pemilihan itu sebelum pemilihan.

“Anwar tidak boleh menuduh Zaid dihantar oleh UMNO untuk menyiasat parti,” katanya. Katanya, dalam tempoh bersama parti itu, CMK mendakwa dia berjuang atas dasar percaya kepada pemimpin namun keadaan pemimpinnya yang masing-masing mempunyai impian memegang jawatan. “Itu adalah kesilapan Anwar sendiri yang menguar-uarkan mahu menakluki Putrajaya menyebabkan masing-masing bermimpi mahu memegang jawatan dalam parti ini,” katanya. Beliau juga amat berharap agar pemilihan PKR ditangguhkan segera jika tidak mahu tsunami yang lebih dasyat yang akan melanda parti itu dalam masa terdekat ini sebenarnya. - PahangDaily

* Cucu Mat Kilau ke Cucu Mat Rempit ke, tak usah layan...teruskan sahaja...

No comments:

Post a Comment