11 November 2010

Bekas jaguh lumba basikal maut dalam kemalangan

REMBAU 11 Nov — Bekas jurulatih basikal kebangsaan yang juga jaguh lumba basikal negara, Daud Ibrahim meninggal dunia apabila kereta yang dipandunya dilanggar dari belakang oleh sebuah treler di Kilometer 232.6, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, awal pagi ini.

Jurucakap polis berkata, Daud, 63, yang berasal dari Muar, Johor meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menurutnya, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1 pagi ketika Allahyarham dan juga treler ersebut sedang dalam perjalanan menghala arah selatan.

Allahyarham mula menempa nama apabila meraih pingat emas dalam acara 1,600m di Sukan Asia pada 1970.

Setahun kemudian, dia terus menguasai acara lumba basikal pada Sukan SEAP di Kuala Lumpur dengan meraih lima pingat emas. — Bernama

* Harapan kita kerajaan Pakatan Rakyat nanti tidak memandang ringan kematian rakyat di jalan raya seperti mana kerajaan UmnoBN sekarang...

No comments:

Post a Comment