Hanya 2,000 tempat untuk lulusan SPM ditawar ke IPG tahun ini
PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan memperketatkan syarat kemasukan bagi lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk pengambilan Jun 2010.
Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata antara syaratnya ialah semua calon wajib memperoleh keputusan cemerlang sekurang-kurangnya dalam tiga mata pelajaran ditetapkan iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris.
Beliau berkata, langkah itu perlu kerana secara keseluruhannya kementerian hanya menyediakan kira-kira 2,000 tempat untuk lulusan SPM mengikuti kursus peringkat ijazah sarjana muda di IPG di seluruh negara tahun ini. "Kita kena faham keperluan guru sentiasa meningkat dan berubah. Saya mengambil contoh baru-baru ini kita menghadapi masalah kekurangan guru Sejarah dan Kemahiran Hidup. Justeru, kita akan mengambil kira keperluan untuk mengisi kekosongan guru mata pelajaran berkenaan.
"Kita juga sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memastikan bekalan guru sentiasa mencukupi bagi menampung keperluan di sekolah menengah yang gurunya disediakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan bidang Sains, Matematik, Teknologi dan Reka Cipta kepada 499 graduan IPG dari seluruh negara di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, di sini semalam.
Kumpulan graduan berkenaan mengikuti kursus berkembar dengan Canterbury Christ Church University dan University of Hertfordshire dari United Kingdom (UK) serta Deaklin University, Australia.
Dalam perkembangan lain, Puad berharap semua guru bersedia ditukar atau ditempatkan di kawasan luar bandar dan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak jika diarah berbuat demikian.
Sambil bersyukur kerana kementerian kini tidak lagi menghadapi masalah menempatkan guru baru bertugas di kawasan luar bandar dan pedalaman, beliau berkata, setakat ini tiada aduan diterima mengenai guru baru yang menolak tawaran bertugas di pedalaman. Komen AndaGuna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Senarai komen
megat uluSalam 1 malaysia...saya hanya terdetik kenapa guru lelaki yang lembut lebih kelembutannya berbanding denan wanita..fikirkan lah.fbimemang patut pun syarat kemasukan diketatkan lebih2 lagi bg guru2 perempuan kerana ramai guru2 muda ni tak boleh kawal kelas. bayangkan mcm mana guru2 muda ni mengajar dgn murid2 yg bising...guru bercakap dan murid jg bercakap...kami guru2 lama bg bimbingan pun mrk x hirau...katanya bdk2 lbh takut & hormat guru lama...tidakkah mrk nk cuba belajar class control? sy masih ingat komen pensyarah sy semasa sy praktikum dulu..katanya bila dia nampak sy blh berdiri di depan kelas & murid2 beri tumpuan, dia dah boleh bg sy A sbb class control sgt penting....pensyarah2 skrg tgk apa pd guru2 muda skrg ya smp mrk blh senang2 lulus jd guruanuary senseisalam, saya tak sokong bila ada org kata org kata ambl DPLI and KPLI semua yang tiada kerja dan plihan terakhir. Cuba buat servey semula di IPG dan tengok berapa ramai yang dah bekerjaya yang sedang mengikuti kursus KPLI?
saya minat perguruan tetapi saya dulu tidak tahu mcmn ke bidang ini melalui IPG selepas SPM kerana kurang pendedahan.
Bagi yang masuk dr SPM bkn sekadar ketatkan syrt tp kena buat ujian kerjaya sbb mereka belum pasti kerjaya mereka. kalau di tnya masih ada yg cita2 mau jd Dr, engineer,pilot walaupun dah ada di IPG skrg.
Jadi jgn dipersoal kenapa seseorg itu menjadi guru tp persoalkan peranan kita membantu institusi pendidikan supaya anak2 kita mendapat pendidikan yang terbaik.mariamya...saya setuju sgt kalau guru kpli dipilih betul2...sb yang ada skrag ni ramai yang berlagak dengan degre sahaja tetapi kerja langsung tak ada kualiti..hazriPemilihan guru merupakan satu langkah yang perlu diambil secara berhati-hati, jangan dilihat pada pencapaian kertasnya sahaja. Lakukan beberapa proses temuduga bagi mendapatkan bakal guru yang cemerlang. Profesion guru merupakan satu profesion yang penting demi kepentingan bangsa, agama dan negara. fedpengambilan guru haruslah berdasarkan kemampuan dan juga mengambilkira sejauh manakah seseorang itu ada naluri keguruan.gerald ugihadutamakan calon guru yang berasal dari luar bandar sebab dari pengalaman saya sbgai guru dn pernah bertugas di pedalaman sabah kbanyakan guru yg berasal dari bandar tidak berminat bertugas di pedalaman terutamanya guru2 ppuan. saya cadangkan supaya sebelum seseorang bakal guru menjalanni kursus ada baiknya mereka diberi penempata awal2. kalau mereka sanggup bertugas di sekolah yang ditentukan,teruskan dan kalau sebaliknya gugurkan dan ambillah mereka yg sangup dihantar ke pedalaman.powerpufgirlsokong dengan akulah aku.. ramai yg jadi cikgu sebab dah tak ada pilihan kerja lain jjadi minta masuk DPLI KPLI so bila keluar jadi lah guru yang taktahu itu..taktahu ini..nak berkorban datang melatih murid pun jgn harap lah..ta macam cikgu dulu, kebanyakan cikgu-cikgu baru sekarang ni berkira sangant tenaga, masa dan wang ringgit mereka. mana silapnya? tak hairan lah mcm2 cerita buruk tentang cikgu yg dtg dari cikgu2 yg terpaksa jadi cikgu sebab tak dapat kerja dlm bidang yg mereka suka.Faiz Captain
Syarat ketat MESTI dikenakan kepada bukan sahaja lepasan SPM tapi lebih-lebih lagi kepada bakal guru KPLI telah diperhatikan ramai yang menyertai KPLI adalah untuk cari makan sebab tak dapat kerja lain yang lebih baik...Cammana nak samakan kursus guru 5thn lepasan SPM dgn kursus satu thn lepasan ijazah??myheartyeah!!!!..stuju2..AZHAN@ejanseimbang kn la kadar guru lelaki n pempuan... spy akademik n kokurikulum pun seimbang... renung2x kn la... salam 1 malaysia...Seri Pah1- pengambilan guru ikut jantina?
langsung tak setuju. patutnya ikut keupayaan individu. asal harap jantina je tak memungkinkan disiplin tu terkawal. kalau cikgu lelakinya buat tidak endah tak terkawal juga disiplin. Siapa yang cukup syarat, mahu bekerja, buat kerja betul2..itu yang kita mahu.teraniayaBidang guru semakin mencabar...bukan macam dulu...anak2 murid hormat pada guru..tapi sekarang zaman dah tak macam tu..guru jadi mangsa segala masalah..murid bodoh guru disalahkan....mrid tak buat kerja rumah guru juga....sekolah tak mendapat pencapaian baik .guru juga....tapi org luar tidak pernah tahu apa yang guru guru hadapi di sekolah.Macam2 program di laksanakan tapi apapun takder...nak bandinglkan dengan sekolah yang hiper aktif dengan sekolah yang sudah digredkan....Masyarakat tak pernah main peranan...semua guru...PPD pula cuma tahu menuding jari....bercakap dengan tanpa melihat masalah yang dihadapi oleh guru-guru di bawah daerahnya.Kadang-kadang bila guru2 bertanya....I pekeliling pun dia tak tahu.tapi sibuk dengan memperkasakan sekolah...Namun mereka sibuk memperkasakan Pejabat dengan pembaziran...wang yang seharusnya dapat di salurkan ke aktiviti yang tertentu..habis dengan dengan aktiviti PPD yang tak menentu...KEBAJIKAN GURU TERABAI....orang atasan tahu memerah tenaga..tapi apa yang mereka beri untuk orang bawahannya..menilai LNPT pun dengan markah 60% kebawah..apakah LNPT itu tempat pihak pentadbir membalas dendam...JANGAN KERANA TAWARAN MENGAJAR DI HULU..dapat naik pangkat mudah..tapi jangan lupa apakah tujuan asal kita menjadi guru..tomJanganlah pula selepas tamat pengajian ada guru yang menggunakan 'kabel' bagi mengelak dari ditempatkan di kawasan luar bandar dan pedalaman Kementerian berkenaan jangan hanya banyak bercakap sahaja tetapi tidak melaksanakan dasar yang ditetapkanMuhammad Syafiq Bin Afandi
perhatian kepada calon2 yng berminat nak jd cikgu!!Guru Besar BerwawasanSaya cadangkan agar pemilihan guru diserahkan kepada Guru Besar. selepas guru-guru praktikum menjalani latihan di sekolah, pengesahan samada mereka layak menjadi guru atau tidak hanya akan ditentukan oleh guru besar. hal ini hanya guru besar sahaja yang amat memahami kredibiliti, kemampuan, tahap komitmen dan keikhlasan mendidikan yang ada pada seseorang calon guru.Justeru tidak akan menjadi lambakan guru-guru yang tak berfungsi di sekolah lebih-lebih lagi di sekolah kebangsaan. sakit mata memandang! ada yang buat praktikal di sekolah sampai suara pun tak dengar bercakap, macam mana nak menyampaikan atau nak menjual ilmu kepada pelanggan???dadyepolkelayakan akademik penting..disamping gander juga penting...tapi kalo ada lelaki yang berkelayakan, berminat dan aktif dalam bidang kokurikulum merekalah yang lebih layak mengikuti latihan perguruan dan yang penting lagi faham erti satu malaysia bukan satu negeri sahaja...kak ijasy x bersetuju guru perempuan di hntr ke pedalaman sbh atau serawk bg guru yg berasl dr semenanjung. Hal ini kerana guru perempuan banyak kelemahannya berdasarkan fitrah wanita itu sendiri yg lemah. Lg 1, sy berstuju dgn saidin b mohamood yang mengatakan bahawa ambil guru lelaki banyak sikit bg mengimbangi lambakan guru perempuan. Jika guru perempuan lebih, maka masalah disiplin pun kurang dapat diatasi. Ini kerana murid x berapa takut dgn guru perempuan berbanding guru lelakiguru tuaSaya tetap yakin bahawa program yang telah dirancang dan dilaksanakan berjaya melahirkan guru yang berwibawa. Lulusan IPG bukan kaki bangku. Meeka telah berjaya membuktikan bahwa mereka adalah kompeten untuk melakukan segala tugasan dan t.jawab di sekolah, samada di bidang akademik mahu pun kokurikulum. Listermackenze,saya sukar untuk mempercayai guru yang tanpa pengetahuan pedagogi boleh mengajar dengan baik tanpa melalui latihan terlebih dahulu. Untuk mengajar dengan baik, anda harus belajar bagaimana untuk mengajar. Salah satu tujuan kurus perguruan adalah untuk mengurangkan fasa 'try and error' dlm proses guru untuk menjadi berpengalaman mengendalikan murid-murid dan mencurahkan ilmu. Perlu diingati kita boleh mengkritik, tetapi nyatakan dengan jelas apakah kaedah dan 'tools' untuk memilih calon guru yang paling berkesan ? Apakah pula program paling sesuai untuk melahirkan guru kompeten? Setakat ini, saya dapat melihat,ramai guru baru yang berkaliber dan bersungguh-sungguh untuk mendidik anak bangsa. Jangan kerana 'nila setitik, susu sebelanga kita rosakkan'.fatimah bt matSy setuju syarat diketatkan jgn main tangkap muat saja. Tugas guru penting dlm membtk knk-knk mnjd seorg yg berguna. Yang penting terapkan semangat kekeluargaan melalui kursus atau kempen kpd ibu bapa dgn ilmu mendidik anak2 spy mrk tidak terbabit dlm kegiatan yang sihat.akulah akux setuju dgn cdgn saidin b mohamood.. sbb 1, ramai yg jadikn kerjaya guru ni plhn terakhir..x kira laki ke pompuan.. xdpt keje lain, mnta kpli, dpli..
yg ke2, disiplin sklh bkn ditentukn oleh jntina guru.. perlu kerjasama semua pihak baik pengurusan sklh, guru, msyrkt stmpt..
ke3, guru dipilih brdsrkn klykn, bkn jntina.. klau laki brmnt nk jd guru dan layak blh lh..klau x mnt atau x layak wat apa?listermackenzeramai guru terlatih kini yang dihantar kesekolah kaki bangku tetapi ramai pula guru sandaran tidak terlatih yang aktif dan boleh membuat kerja sekali arah sahaja. Yang si guru terlatih pula hanya tersenyum dan banyak alasan. alasan yang famous 'saya sibuk atau saya tak mahir buat ini'. ada pula guru ini yang banyak cakap lebih dari guru lama.Tetapi bukan semuanya tetapi kalau ada 10 orang yang dihantar ke satu sekolah tetap ada 3 atau 4 orang yang berkelakuan begini.
Malah ada yang langsung tidak boleh bergaul dengan guru-guru lain dan hanya bergaul dengan geng senegerinya sahaja atau sebangsanya sahaja.KPM patut mengenalpasti guru yang aktif dalam semua bidang khususnya bidang sukan dan kokurikulum. Selalu menjadi masalah di sekolah menengah kebanyakan guru tidak aktif dalam dua bidang ini.Kalau ada 100 orang guru dalam satu sekolah tidak sampai separuh guru yang aktif dan tahu melakukan tugasan dalam sukan dan kokurikulum.
Jadi bagaimana kita hendak mencapai hasrat TPM menjadikan sukan sebagai pemacu kecemerlangan di samping akademik di sekolah saidin b mohamoodambil lebih calon lelaki untuk mengimbangi lambakan guru perempuan di sekolah.Ini juga secara tak langsung mungkin dapat meningkatkan tahap disiplin murid di sekolah. - Bhrian
No comments:
Post a Comment