SHAH ALAM: Pelukan ini adalah yang paling bermakna buat saya, kata Jantan Hassan, 41, ketika memeluk anak perempuan bongsunya, tujuh tahun, kerana terpisah disebabkan ditahan reman di penjara sejak kanak-kanak itu dalam kandungan ibunya berusia tiga bulan.
Jantan berkata demikian selepas Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, melepaskan dan membebaskannya atas tuduhan mengedar kanabis seberat 5.207 kilogram (kg), kira-kira tujuh tahun lalu. Ketika memeluk anaknya itu, dia kelihatan sebak dan sempat mencium pipi kanak-kanak berkenaan beberapa kali. Menurutnya, dia tidak menyangka dengan keputusan itu yang menyebelahinya dan turut meluahkan rasa bersyukur kepada Allah. Selain itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada abangnya, Abu Alias Azman, 44, yang juga seorang kurang upaya berikutan doa tanpa putus daripadanya.
Terdahulu, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin dalam penghakimannya, berkata mahkamah perlu menilai keterangan saksi pendakwaan iaitu pemilik kereta yang juga penyelia tempat tertuduh bekerja mengatakan kerap meminjamkan kenderaannya kepada seorang lelaki, Kang Chu Kiong. Pada hari kejadian iaitu ketika tertuduh ditangkap dia meminjamkan kenderaan itu daripada Kang. Selain itu, ketika pemilik kereta ditahan, dia melihat Kang sudah ditahan di balai polis.
Oleh itu, mahkamah tidak ragu keterangan tertuduh yang meminjam kenderaan daripada Kang. Isteri tertuduh turut memaklumkan bahawa suaminya tidak mempunyai kereta dan pada hari kejadian mereka menuju ke Puchong, dekat sini, katanya.
Menurutnya, tertuduh bersama isteri yang mengandung tiga bulan ketika itu, ibu dan anaknya memandu kenderaan dari Muar, Johor ke Puchong, untuk mencari tukang urut kerana emaknya yang sakit akibat kemalangan. - hmetro
No comments:
Post a Comment