22 March 2010

Najwa Dambakan Album Sulung Sebelum Ke AS

BERMULA dengan kolaborasinya bersama bintang rap & hip hop, Malique menerusi lagu Kau Yang Punya hampir dua tahun lalu, nama Najwa kian meniti di bibir peminat dunia seni suara tanah air.

(Najwa dambakan kelahiran album sulung sebelum dia berlepas ke Amerika bagi menyambung baki pengajiannya dalam bidang muzik. - Foto oleh SAM THAM)

Jika dulunya, Najwa lebih sinonim dengan perjuangan muzik bebas atau indie, namun penampilannya dalam lagu tersebut terus membuka ruang buatnya untuk menangguk di arus perdana.

Menyoroti perkembangan karier, Najwa mengakui, dia mendambakan album penuh sulungnya diterbitkan secepat mungkin.

Seboleh-bolehnya, gadis berbintang Taurus ini ingin menghasilkan album penuh sebelum dia menyambung semula pengajian yang berbaki dua tahun lagi di Berklee College of Music di Boston, Amerika Syarikat hujung tahun ini.

"Saya harap dapat keluarkan album sebelum saya sambung belajar hujung tahun nanti. Perancangan ke arah itu sedang rancak dilakukan untuk merealisasikan impian saya.

"Bukan saya tergesa-gesa atau gopoh cuma ketika nama sedang bermain di bibir peminat, lebih baik saya gunakan peluang ini sepenuhnya dan hasilkan karya yang boleh diingati oleh peminat.

"Jika tunggu sehingga habis belajar baru hendak keluarkan album, mungkin masa itu nama saya sudah tak relevan pula. Maklumlah, selera peminat muzik hari ini cepat berubah," cerita Najwa yang bakal membuat persembahan di kelab jazz, No Black Tie pada 28 Mac ini jam 9 malam. - Mstar

* binti Muhyidin Yassin...

No comments:

Post a Comment