KUANTAN 21 Mac. — Tiga warga emas maut dalam satu kemalangan yang melibatkan dua kereta di Km 323 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Benta pada 9 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Shamsudin Wan Osman berkata mangsa berkenaan, Hasimah Ibrahim, 65, Salmah Abdul Hamid, 50, dan Hadijah Arsad, 68, meninggal dunia di tempat kejadian.
"Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia menaiki kereta Charade lama bersama tiga lagi rakan termasuk pemandu dalam perjalanan dari arah Raub ke Kuala Lipis untuk menghadiri majlis tahlil,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata ketika tiba di tempat kejadian, kenderaan mangsa cuba membelok ke kanan untuk memasuki lorong kecil sebelum bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona yang dinaiki tiga orang datang dari arah bertentangan.
Katanya pertembungan itu menyebabkan ketiga-tiga penumpang itu tercampak keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian. — Bernama
* Kemalangan di Malaysia satu BALA?
No comments:
Post a Comment