07 February 2010

Nizar yakin menang

IPOH 6 Feb. - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yakin keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari ini akan menyebelahi pakatan pembangkang.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini yang mengesahkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

"Saya yakin keputusan akan menyebelahi pakatan pembangkang berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya apakah yang akan berlaku sekiranya keputusan tersebut adalah sebaliknya, Mohammad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata:

"Kita terima walaupun dalam suasana sedih.

"Bagaimanapun, keputusan itu tidak akan menyelesaikan pertikaian di Perak. Mahkamah hanya tafsir undang-undang tetapi hak sebenarnya harus dikembalikan kepada rakyat," tegas beliau. - Utusan

* Begitu juga rakyat Perak...

No comments:

Post a Comment