10 January 2010

Tun Fatimah Hashim meninggal dunia

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Bekas Menteri Kebajikan, Tun Fatimah Hashim meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Bukit Pantai di sini semalam, pada usia 85 tahun.

Allahyarham yang juga bekas Ketua Kaum Ibu UMNO (kini Wanita UMNO) menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.35 malam.

Allahyarham merupakan isteri kepada bekas Menteri Undang-undang, Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusuf yang kembali ke rahmatullah pada April 1992.

Beliau meninggalkan enam anak iaitu Mariam, Mohamad Shah, Khalid, Ali, Abdul Karim dan Faridah selain 18 orang cucu serta 11 orang cicit.

Anak lelaki bongsunya, Abdul Karim berkata, semua ahli keluarga terdekat sempat bersama Allahyarham sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Katanya, ibunya juga sudah sekian lama menghidap sakit lelah.

“Kepada mereka yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham boleh berbuat demikian hari ini di alamat No.1, Lorong Bukit Pantai 1, Bukit Pantai, Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di sebelah makam suaminya iaitu di Makam Pahlawan di pekarangan Masjid Negara, selepas solat Zohor, hari ini.

- Utusan

No comments:

Post a Comment