11 January 2010

Tebusan Perancis: Al-Qaeda tetap syarat bebas 4 ahli

KAHERAH: Satu daripada cabang Al-Qaeda di Utara Afrika, menuntut pembebasan empat daripada ahlinya sebagai pertukaran dengan seorang tebusan Perancis yang diculik dua bulan lalu.

Kenyataan Al-Qaeda yang disiarkan di laman web militan Islam, berkata hanya satu syarat ditetapkan bagi pembebasan Pierre Camatte, iaitu empat daripada ahli kumpulan itu yang ditahan oleh kerajaan Mali beberapa bulan lalu, dibebaskan.

“Kami memberikan Perancis dan Mali tempoh 20 hari bermula tarikh kenyataan ini dikeluar bagi memberikan maklum balas terhadap tuntut ini. Sekiranya enggan, kedua-dua kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap tebusan Perancis berkenaan,” katanya.

Kumpulan itu mengumumkan bulan lalu mereka menculik Camatte di Mali pada 25 November dan tiga warga Sepanyol di Mauritania, lima hari selepas itu. - AP

No comments:

Post a Comment