SHAH ALAM 15 Jan. – Wakil dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) dan Gabungan Persatuan Usahawan Melayu Selangor (Gapums) akan menemui para pemimpin Melayu dari semua parti termasuk pembangkang berhubung isu yang berkait dengan bangsa Melayu.
Yang Dipertua DPMMS, Tan Sri Rozali Ismail berkata, pertemuan itu penting bagi membincangkan beberapa isu termasuk kedudukan dan hak keistimewaan peniaga serta usahawan Melayu yang banyak terjejas oleh dasar Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri.
Beliau berkata, selain itu, isu perpecahan yang semakin berlaku di kalangan orang Melayu juga akan dibincangkan terutama membabitkan kemelut dalam politik serta kedudukan ekonomi orang Melayu yang semakin lemah.
"DPMSS melalui Dewan Pemuda dan Wanita serta anggota Gapums mahu mendapatkan penjelasan dan menyampaikan mesej kepada semua pemimpin Melayu tidak kiralah dari UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi kepentingan bangsa Melayu tanpa mengira fahaman politik.
"Kita mahu tahu sebagai pemimpin yang diberikan kepercayaan apakah yang mereka boleh lakukan dan akan lakukan dalam mempertahankan hak orang Melayu memandangkan beberapa dasar yang dibuat kadangkala tidak jelas,” katanya di sini hari ini. - Bernama
No comments:
Post a Comment