09 January 2010

Pengurup wang rugi RM210,000 dirompak

KUANTAN 8 Jan. – Seorang pengurup wang kerugian RM210,000 apabila pelbagai mata wang tempatan dan asing miliknya dilarikan oleh perompak selepas kedainya dipecah masuk ketika dia pergi menunaikan solat Jumaat di Jalan Besar, di sini hari ini.

Menurut adik mangsa, Mohd. Arif Mohd. Ali, 35, dia dan abangnya Haja Maideen, 42, hanya menyedari kejadian tersebut setelah dimaklumkan oleh dua pembantu kedai mereka sebaik pulang dari masjid kira-kira pukul 2.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Zulkifli Taha mengesahkan menerima laporan dan sedang mengadakan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. – Utusan

No comments:

Post a Comment