PORT-AU-PRINCE 15 Jan. - Penduduk Haiti yang marah menggunakan timbunan mayat sebagai sekatan jalan raya di bandar ini sebagai protes terhadap kelewatan bantuan kecemasan yang tidak kunjung tiba selepas negara itu dilanda gempa bumi.
Seorang saksi, jurugambar majalah TIME, Shaul Schwarz berkata, dia menyaksikan sekurang-kurangnya dua sekatan jalan raya di pusat bandar yang dibuat dengan menggunakan mayat mangsa gempa bumi dan batu.
“Mereka mula melakukan sekatan dengan mayat mangsa, nampaknya keadaan semakin teruk di sini kerana orang ramai semakin kecewa kerana tidak ada bantuan yang diterima mereka,” katanya kepada pemberita. – REUTERS
No comments:
Post a Comment