20 January 2010

Pendera Hajar didapati bersalah

KUALA LUMPUR - Sejurus selepas disabitkan bersalah mendera bekas pembantu rumahnya, Siti Hajar Sadli tahun lalu, seorang ibu tunggal terpinga-pinga apabila terus diminta memberi keterangan membela diri di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hau Yuan Tyng, 45, yang sebelum itu tenang dengan keputusan Hakim S. M. Komathy Suppiah bagaimanapun dilihat tidak senang duduk dan berbincang dengan peguamnya, M. Manoharan.

Manoharan yang turut terkejut dengan keputusan hakim berkali-kali memohon supaya kes ditangguhkan pada tarikh yang lain atas alasan pihaknya tidak bersedia namun ia ditolak Komathy. - Kosmo

No comments:

Post a Comment