20 January 2010

Nombor satu: Perodua sasar jual 176,000 kereta

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Perodua yang mengakhiri tirai tahun lalu dengan muncul sebagai pengeluar kereta nombor satu di Malaysia selama empat tahun berturut-turut, menyasarkan jualan 176,000 buah tahun ini.

Pada 2009, pengeluar kereta nasional itu berjaya menjual 166,700 buah.

“Jualan pada tahun ini akan digerakkan oleh model baru kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza, serta Viva dan Myvi yang merupakan model kekal popular di hati rakyat Malaysia,” kata Pengarah Urusannya yang baru, Aminar Rashid Salleh.

Aminar Rashid berkata, pihaknya telah menerima tempahan ALZA berjumlah 18,000 sejak dilancarkan pada 23 November 2009.

“Minat terhadap dua model lain iaitu Myvi dan Viva juga terus tinggi dengan purata jualan, masing-masing berjumlah 7,600 dan 5,700 buah sebulan,” kata beliau. – Utusan

No comments:

Post a Comment