PULAU PINANG 18 Jan. – Mayat seorang lagi pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling, Pulau Pinang, yang terlibat dalam kejadian perahu naga karam semalam, Brandon Yeoh, 17, ditemui berhampiran Pangkalan Raja Tun Uda 12 tengah hari ini.
Ini menjadikan jumlah mangsa lemas yang telah ditemui menjadi empat orang. Dua lagi pelajar yang hilang masih dicari.
Terdahulu, mayat pelajar SMJK Chung Ling, Goh Yi Zhiang, 17, ditemui berhampiran Tanjung Marina iaitu kira-kira satu kilometer dari tempat tragedi perahu naga karam, di sini semalam.
Beliau ditemui kira-kira pukul 8.03 pagi ini dan merupakan mangsa ketiga ditemui. - Utusan
No comments:
Post a Comment